Sulit
6 tahun
Period datang sekali lagi
Saya berumur 28 tahun, pada disember saya melahirkan anak kedua, saya mula period selepas bersalin pada july 2019…sejak dari july saya akan datang period yang banyak pada hari kedua dan ketiga sahaja sampai 7 pad sehari saya kene salin…utk hari keempat dan kelima hanya sikit2 sahaja… Menjadi persoalan saya sekarang saya period pada 11 oktober habis pada 16 oktober tapi pada 22 oktober saya sakit perot sampai doktor sah kan sakit apendex tapi saya tak jadi oprate sbb sakit perit hilang tak sampai sehari… Esk harinya pada 23 oktober saya dapati ada darah macam period…ada masalah yang serius ke doktor? Harap doktor boleh bagi pencerahan… Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini mungkin merupakan darah haid. Pendarahan dari faraj adalah pendarahan dari dalaman rahim yang tidak menyambung ke mana-mana organ lain. Doktor anda telah mendiagnosakan appendicitis dan anda disarankan untuk mengikuti nasihat beliau. Anda juga boleh berbincang dengan doktor rawaran anda tentang pendarahan ini kerana beliau merupakan pakar yang paling memahami situasi anda selepas pelbagai pemeriksaan dan ujian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























