
Sulit
4 tahun
Period datang selepas 8hari
Saya wanita 34thn telah bekahwin, doctor saya nak tanya kenapa period notstop dlm dua bulan ni. Nov 7-12period den stop nov30-dec5 period again, dec14 today again.pendarahan bukan yg sedikit. Mohon penerangan dari doctor thanks.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid berpanjangan.
Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran .
Untuk mengetahui kondisi sebenar, pemeriksaan lanjut diperlukan di klinik atau hospital. Oleh itu jika masalah ini berlarutan, sila berjumpa dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.