
Sulit
5 tahun
Period datang selepas seminggu
Sy berumur 36tahun…sy baru saja dtg period pada 15hb oct dan abis pada 20hb oct…tetapi tiba2 ari 31hb sy dtg period semula…sy bimbang adakah darah haid arau darah penyakit yer…tp warna dan ciri2 nye seperti darah haid jugak…harap doc dapat memberi sedikit penjelasan tentang masalah sy…sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan haid yang berlaku secara tidak tetap ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.