Sulit
5 tahun
Period datang tapi tidak teratur.Adakah ini normal untuk remaja macam saya
Assalamualaikum, saya seorang remaja berumur 18 tahun.Saya mengalami masalah haid tidak teratur.Saya tidak datang bulan selama 5bulan tetapi pada bulan puasa hritu saya datang bulan.Yang merisaukan saya ialah darah yg keluar itu sangat sedikit ,dalam sehari hanya keluar sekali sahaja.Darah pon keluar selang sehari dan berlanjutan hingga melebihi 14 hari.Bulan ini perkara yag sama berulang lagi dan buatkan saya bertambah risau.Saya juga mengalami masalah obesiti.Adakah berat badan mempengaruhi masalah ini doktor? atau keadaan ini serious??Terima kasih untuk masa doktor.Hanya Allah dapat membalas jasa frontliner mcm doktor.amin:two_hearts:
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























