
Anonymous
2 tahun
Period datang tetapi 2 or 3 hari
Saya wanita 33thn…Saya Sudah berkawin mempunyai seorang anak perempuan… Adakah saya hamil…saya keliru dengan period 2hari…sudah 3bulan saya mengalami period datang 2 or 3 Hari… Disini saya ingin bertanya adakah saya hamil… Saya pernah test tetapi negative…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, tempoh haid normal bagi wanita ialah 2-7 hari. Oleh itu, tempoh haid yang anda alami adalah dalam lingkungan kitaran haid normal.
Pendarahan implantasi yang menandakan kehamilan biasanya datang dalam kuantiti yang sedikit seperti spotting. Sekiranya anda mengesyaki hamil, anda boleh jalankan ujian kehamilan sekai lagi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi sekiranya anda mempunyai soalan lanjut. Konsultasi dan ubat-ubatan anda adalah percuma jika anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.