
Sulit
4 tahun
Period dtg 2 kli dlm sebulan
Saya berumur 23 thun,nak tanya setiap bulan period saya akan datang 2 kli dlm sebulan.kali kedua datang period, darah tak banyak pun. Adakah normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan soalan kepada kami.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid untuk wanita yang normal adalah antara 21 ke 34 hari dan alirannya pula antara 2 ke 7 hari. Kami memerlukan maklumat yang lebih banyak daripada anda untuk mengetahui punca-punca yang spesifik. Berdasarkan kenyataan anda, sepertinya anda mempunyai masalah haid yang kerap dan tidak teratur.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami masalah haid yang tidak teratur:
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah sistem pembekuan darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah haid yang tidak teratur dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat ditangani.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami, terima kasih.