
Sulit
3 tahun
Period dua kali sebulan, adaka normal
hi doc.
saya umur 26 tahun & da berkahwin mempunyai seorang ank umur 5 tahun…
awal bulan 11 saya da period & period normal, ketika 23hb lepas saya period lagi & darah sangat banyak sehingga skrg.kali ini senggugut bukan mcm biasa sakit.
3x lebih sakit… sampi saya tak boleh tidur dengan lena waktu malam. sakit seperti mencucuk, sakit smpai di bawah perut & belakang…
saya ada makan ubat paracetemol 2 biji pada 3 hari lepas…
apa perlu saya buat doctor. sebab ni pertama kali terjadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang yang tidak normal, senggugut yang teruk sehingga merebak ke perut dan belakang. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, jumlah darah haid normal adalah antara 10-35 ml darah sepanjang kitaran haid.Untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid adalah sukar kerana maklumat yang lebih terperinci mengenainya adalah diperlukan. Namun, secara umumnya, keadaan ini boleh berlaku kerana:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Pengaruh perancang kehamilan
- Kehamilan
Gejala ini juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Kehamilan ektopik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan