Sulit
2 tahun
Period flek berwarna coklat
Hi Dr.saya wanita berumur 29 dan dah berkahwin. My last period on 17/4/21.untuk bln nie blm date period lagi tapi 3 hari nie keluar period warna coklat tapi i tidak tahu sama ade period ke tidak. 1st day yg flek coklat tu tidak kne kat pantyliner 2nd day pun same tapi 3rd day nie memang ade kene kat pantyliner xpi xbyk mcm period.adakah hal ini serious atau pun normal dsn kenapa saya ada masalah macam ni? Tlng explain saya and thank you.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan coklat yang sedikit. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gejala ini boleh berlaku, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca sebenar gejala ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Risau dengan masalah pendarahan coklat? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih