Sulit
3 tahun
Period hanya 3 hari amat nerisaukan saya kerana tanpa apa - apa sakit
saya Anis period terlalu pendek beberapa Bulan ni…selalu Akan sakit pinggang, tetapi beberapa Bulan ni tiada Rasa sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal adalah 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda masih dikira normal.
Selain itu, masalah sengugut atau sakit-sakit semasa datang hadi boleh hilang seriring dengan bertambahnya usia. Pada pendapat saya, anda tidak perlu bimbang sekiranya ia tidak sakit berbanding dengan apabila ianya sakit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda risau dengan gejala anda dan ingin mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.