
Anonymous
5 tahun
Period hanya 3 hari
saya mengalami period hanya 3 hari dah masuk 2 bulan ni…sekarang terasa pening-pening dan kurang selera makan…adakah salah satu tanda pregnant?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal ialah 21-35 hari dan tempoh datang haid normal ialah 2-7 hari. Jumlah darah haid pula bergantung pada individu dan ianya tidak perlu banyak. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah fibroid/polip
- Kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.