Sulit
4 tahun
Period hanya setgh hari dn darah keluar sikit..adakah normal
Sya pengamal perancang mercilon…bulan ini sya period darah keluar hanya sedikit sja…dn hanya 1 hari sja…adakah itu normal bagi yg merancang…?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,gejala tompokan darah sedikit boleh disebabkan:
- Kesan pil perancang
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kehamilan - anda boleh membuat ujian air kencing 1-2 minggu selepas tarikh akhir bersetubuh
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda alami ini mungkin merupakan kesan sampingan pil perancang melihatkan anda telah mengambilnya. Antara kesan sampingan pil perancang adalah seperti:
- Haid/Pendarahan yang tidak teratur
- Loya
- Sakit payudara
- Berat badan bertambah
- Sakit kepala
- Gangguan emosi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























