
Sulit
3 tahun
Period hari pertama keluar sikit
Saya wanita berumur 33tahun… belum berkahwin…sebelum ni period hari pertama saya keluar darah normal banyak… hari ini pertama kali period saya keluar sedikit sangat macam hari ke 6… kenapa ye dokter ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, setiap wanita akan mengalami turun darah haid yang berbeza pada setiap kitaran baru dan perkara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti:
- Hormon
- Tahap stres dan tekanan
- Penggunaan ubat-ubatan atau pil perancang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang masalah haid yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya perkara ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.