
Sulit
3 tahun
Period keluar sikit
Hye doc. Sye 28 tahun.if I makan any ubat period akan keluar date lambat then masa sekarang period I keluar sikit shj and hip sebelah kiri sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau mengenai masalah haid sedikit dan sakit pinggul yang anda alami. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Haid yang sedikit merupakan masalah haid yang sering dilaporkan oleh wanita dan kuantitinya perlulah diketahui dari segi kekerapan menukar pad ataupun tempoh haid yang dialami. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan ia boleh terjadi disebabkan oleh:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Perubahan atau ketidakstabilan hormon di dalam badan
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Penggunaan pil perancang keluarga ataupun perancangan keluarga berasaskan hormon boleh mengganggu kitaran haid seseorang wanita
Masalah sakit pinggul juga boleh berpunca daripada beberapa masalah ini:
- Ketegangan otot belakang dan pinggul
- Inflamasi atau keradangan organ wanita
- Masalah tulang belakang berhampiran pinggul
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.