Sulit
4 tahun
Period kembali pda bulan yg sma
Hi doktor, sya berumur 13 tahun pda tahun ini, sya period pertama kali pada 12 tahun 2020 . pda bulan 8 ini, sya sudah pun period pada 1/8/2021 kebiasannnya 7 hari sya akn period, tapi sya period hnya 5 hari dan pada harini 25/8/2021 sya period kembali, adakah ia normal untuk sya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah period anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Keletihan
- Tekanan emosi
- Jadual harian yang sibuk
- Perubahan jadual harian
- Terlibat dengan aktiviti lasak atau kegiatan sukan yang berat
- Masalah berat badan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Penggunaan pil, suntikan perancang atau alat perancang kehamilan yang lain
- Masalah struktur rahim seperti ketumbuhan fibroid atau polip
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























