syathirah91
4 tahun
Period ketika hamil?
selamat sejahtera,
saya merupaka seorg ibu kepada 4 cahaya mata. baru ni sy buat ujian UPT, dan saya disahkan hamil. mengikut kiraan saya dan doktor, saya kini hamil 7 mggu. saya sudah membuat pemeriksaan doktor, dan doktor scan cuma nampak kantung (sac) sahaja. saya juga mengalami pendarahan yang banyak selama 4 hari. saya sudah refer ke hospital, dan doktor beritahu kantung masih kelihatan. saya ingin bertanya, adakah potensi saya untuk keguguran tinggi? darah yang keluar cuma darah merah dan tiada ketulan daging atau kantung kelihatan. dan saya ingin tnya, kalau scan sebelum ni sac berukuran 9.6mm, selang 3 hari scan sac berukuran 7.3mm, adakah ini juga tanda saya telah kegugurn? atau normal bacaan sac boleh berubah bergantung pada cara doktor scan? mohon bantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan 1 termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.