
shamsul.ahcoi
6 tahun
Period ketika mengandung 2 bulan
Saya wakil pada isteri,
Adakah normal period ketika di awal 2 bulan kehamilan?
Adakah sakit seperti sengugut akan menganggu kehamilan?
Apakah cara untuk mengatasi?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda menagalami sakit pinggang adalah amat disarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih