
Sulit
3 tahun
Period lama & darah yang banyak
Umur sy nk masuk 30
Sy ada masalah period yg lamea dan darah yg banyak dan berketul2 tp tidak sakit cuma kena kerap tukar pad

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid banyak dan berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- kesan penggunaan suntikan perancangan
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya pernah mempunyai keputusan pap smear positif, sejarah keluarga
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.