
Sulit
4 tahun
Period lama tak berhenti
assalamualaikum dr saya ad malah irregular period, sekarang ni period saya dah 37 hari x berhenti tp bukan heavy bleeding la…saya ada ke klinik doc suruh abiskan ubat berhenti darah untuk 5 hari…tetapi saya dah abis mkn still x berhenti darahnya…boleh x doc suggest kan ubat untuk berhentikan darah so that saya boleh beli di farmasi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Saya memahami keresahan yang anda alami, walaubagaimanapun ‘irregular period’ memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut bagi seseorang doktor mengenal pasti secara khusus, punca dari perdarahan haid yang terus menerus, walaupun ianya dirasakan tidak berat, (baca: heavy bleeding)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan gejala yang anda sampaikan, haid yang tidak teratur boleh berpunca dari masalah-masalah seperti:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Saya juga mencadangkan agar anda mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti dengan segera khususnya apabila terdapat gejala seperti:
- Mual & muntah
- Kelesuan yang berpanjangan
- Pening kepala
- Menggangu aktiviti sehari-hari
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.