
Sulit
5 tahun
Period lama tetapi sedikit
Saya berumur 26 tahun. Baru berkahwin. Saya mengalami situasi period yang lama tetapi tak heavy flow pun. Cuma sikit sikit je. Untuk maklumat, saya ada ambil pil perancang kehamilan melalui suntikan, tetapi waktu ambik tu, period seperti datang seperti biasa cuma aliran sikit dan habis dalam masa 5 hari. Kemudian saya continue suntikan kedua, start dari situ period saya tak berhenti. Dalam masa yang sama saya ada ambik HCG - bertujuan untuk kurus. Bantu saya doctor. TQ

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan - seperti interaksi antara suntikan HCG dan suntikan depo. Ubat HCG adalah hormon yang sama dalam kehamilan dan interaksi antara hormon ini dan suntikan perancang kehamilan boleh menyebabkan gejala pendarahan yang berpanjangan seperti yang anda alami
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.