
Sulit
3 tahun
Period lambat dari tarikh sepatutnya
Saya lelaki dalam 20an, saya dan pasangan telah melakukan oral seks. Tidak melakukan persetubuhan. Saya mengalami ejakulasi di atas tuala, kemudian saya sudah lap dengan tisu zakar saya. Lebih kurang 5 minit selepas itu, kami kembali melakukan oral, dengan menggosok zakar di luar vagina. Soalan saya, ada risiko mengandung atau tidak kerana period pasangan saya terasa lambat selepas 3 hari melakukan hubungan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan kehamilan yang boleh dipraktikkan, seperti:
- Mencabut keluar zakar sebelum klimaks
- Menggunakan kondom
- Menggunakan pil perancang keluarga
- Menggunakan pil perancang kecemasan sekiranya air mani dilepaskan di dalam (tetapi pil perancang kecemasan tidak boleh digunakan dengan terlalu kerap)
- Melakukan hubungan seksual di luar waktu subur
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi kes anda, walaupun anda menggosok zakar di luar vagina lepas lap dengan tuala, masih terdapat risiko untuk mendapatkan kehamilan kerana mungkin terdapat lebihan sperma dan air mani yang tidak dikeluarkan walaupun risiko kehamilan adalah rendah.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Oleh itu, saya amat menggalakkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.