
Sulit
4 tahun
Period lebih 8 hari normal ke tak
Sy berumur 30 tahun,Persoalan sy di sini, period sy start bulan 26/12/2020 sampai 3/1/2021 normal atau tidak ye doktor mohon penjelasan. Dalam tempoh yg saya nyatakan pada date tersebut tak semua dlm date tu period sy keluar . Kira nya on off. 26/27/28 ada darah, 29/30/31 sampai skg 3/1/2021 keluar sikit hari ni , tapi berwarna merah pekat. Akan tetapi dalam tempoh tersebut sebenarnya sy byk emosi dan stress , sy suri rumah sepenuh masa. Adakah sbb keadaan sy yg stress dan emosi jadi bergini??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid yang berlaku lebih daripada 7 hari adalah keadaan yang dipanggil menorrhagia.
Antara punca-punca lain yang boleh menyebabkan perdarahan haid berlebihan adalah:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
• Fibroid, sejenis ketumbuhan
otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Jangkitan di bahagian kelamin
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer)
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Punca paling utama untuk perdarahan haid yang berpanjangan adalah sejenis kondisi yang dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding (DUB). Kondisi ini adalah berpunca dari gangguan hormon di dalam badan dan ia menyebabkan perdarahan dari dinding rahim yang terjejas. Perdarahan yang berlebihan boleh menyebabkan anaemia atau kekurangan darah di dalam badan kita.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!