
Sulit
5 tahun
Period lebih dari sekali dalam sebulan
Saya wanita berumur 32tahun. Saya mengalami period Yang berulang sejak bulan lepas. Pada 13sept saya datang bulan, kemudian 27sept saya dtg lagi… kemudian skrg 10oct sekali lagi saya datang bulan. Yang saya perhatikan saya akan datang bulan selepas malam saya bersama suami. Utk pengetahuan doktor sy masih belum membuka implanon sy,implanon Sy telah sy pasang 3tahun lebih. Adakah ini disebabkan implanon tersebut atau rahim saya Ada masalah? Rawatan apa sy perlu lakukan? Saya merancang untuk mengandung sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan kitaran haid terganggu dan tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tentang implanon anda yang belum dibuka selepas 3 tahun, ia juga boleh menjadi punca kitaran haid anda mengjaid terganggu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mengeluarkan implanon anda segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.