
suraya.my
5 tahun
Period lewat 11 hari selepas mengambil postinor
Hi doc. Saya nak tanya. Saya bersama dgn suami saya pada 14/5. Sepatutnya period saya due 15/5. Tetapi saya telah menelan postinor sebaik sahaja selepas bersama suami. Saya telah membuat ujian kehamilan selepas hari ke10 lewat period dan ianya negative. Adakah mengambil postinor akan membuat period saya lambat? Atau adakah saya mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Kemungkinan besar anda mengalami gejala tersebut boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat Postinor .Secara amnya kesan sampingannya adalah:
keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan
keletihan, mual dan muntah.
Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Jika anda meragui bahawa anda hamil ataupun tidak anda boleh membuat ujian air kencing ataupun skan ultrasound di klinik yang terdekat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.