Anonymous
6 tahun
Period lewat 2 minggu
Last period saya 1/6 dan sehingga kini 15/7 period saya masih tidak datang pada 11/6 ada sedikit darah dalam 5-6 titis sahaja keesokannya tiada pada 5/7 saya check upt negatif
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah kitaran darah haid yang sedikit. Darah haid yang sedikit boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Punca-punca yang boleh menyebabkan darah haid yang sedikit termasuklah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Bagi kes anda, anda kami memerlukan untuk bertanyakan beberapa soalan seperti umur anda dan corak haid anda sebelum ini sebelum mendapat diagnosis yang tepat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.



























