nurhasyarushaida
4 tahun
Period lewat dan payudara rasa nyeri
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami masala period datang lewat. Sudah seminggu lebihblewat daripada tarikh sepatutnya period. Hanya keputihan sahaja yang keluar. Saya juga mengalami sakit payudara. Rasa nyeri di seluruh bahagian pada kedua-dua payudara saya. Saya risau kalau saya ada sakit yang menyebabkan kedua-dua masalah tu berlaku pada saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sindrom pramenstruasi
- sakit otot dada
- keradangan payudara
- simptom kehamilan
- penggunaan pil perancang
- pembentukan nanah dalam payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.