
Sulit
4 tahun
Period lewat dan perut membesar seperti kembung
saya wanita berumur 30thn dan suri rumah.saya mengalami keguguran pada Nov2020.Period pertama saya pada 16Dec.Dan bleeding smula pada 29Dec-1Jan2021 tapi dalam kuantiti yg sedikit.Period saya yg kedua pula pada 23Jan2021 dan period saya yg ketiga pada 9Mac2021…2 kali saya buat ujian UPT tetapi masih negatif.Jadi apa masalah saya ye doc?Hormon saya bermasalah ke?Dan yg merisaukan saya sekarang,perut saya membesar kelihatan seperti kembung dan tegang.Ada kena mengena dengan masalah period saya ke doc?Adalah saya kena buat pemeriksaan di klinik?thanks doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami amat sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda tidak mengalami haid, haid yang tidak menentu dan anda berasa tidak selesa dengan perut anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid beliau di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.