
Sulit
3 tahun
Period lewat masalah kesuburan
Saya berusia 32tahun. Sudah 2tahun berkahwin. Berat badan 85kg dan tinggi 158cm. Mempunyai penyakit anemia iron deficiency sejak berusia 15tahun. 2bulan sebelum kawen, pernah mengalami masalah period tak datang selama 2bulan. Setelah ke klinik berjumpa doktor, doktor berikan ubat hormon untuk bantu keluarkan period. Period lancar sehinggalah awal tahun ni, period mula tidak teratur Dan selalu lewat. Dibahagian bawah perut pula, terdapat kesan strechmark Dan perut semakin membesar. Januari 2021 datang period…normal 7hari… kemudian bulan February dan March langsung tak datang period. Check UPT negative. April datang period semula dan normal 7hari tapi May 2021 sehingga sekarang 26 June, masih belum period. Apakah penyakit ini doktor? Adakah berkaitan masalah kesuburan? Tolong bantu saya doktor. Saya buntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan bimbang ia berkaitan dengan masalah kesuburan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Perkara di atas memang mampu menyumbang kepada masalah kesuburan namun ia dapat diatasi dengan rawatan yang betul.
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.