Anonymous
6 tahun
Period menjadi tidak teratur
saya seorang yang mengalami haid secara teratur (tetap dan durasi 7-8 hari). namun, 2 bulan kebelakangan ini durasihaid menjadi panjang ke 13-14 hari dengan kadar yang sedikit. adakah ianya perkara normal? kerana sepanjang beberapa tahun kebelakang haid memang normal. umur saya 22 tahun. terima kasih dr.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























