
Atilovato
6 tahun
Period non-stop selama sebulan lebih
Hi doktor. Saya gadis berumur 20 tahun. Tapi saya mengalami period non-stop sejak 28 Oktober lalu sampai sekarang. Dan darah period tu pulak sometimes berwarna merah gelap. Tapi selalunya warna merah biasa saja. Tapi dalam tempoh saya period ni, ada seminggu tu darah haid stop keluar. Lepas seminggu tu dia keluar balik. Dan dalam tempoh saya period ni, saya selalu sakit bawah perut. Rasa sakit tu macam sakit senggugut. Boleh doktor terangkan kenapa ya? Apa perlu saya buat. Pergi ke klinik biasa atau hospital terus?

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda menghadapi masalah haid berpanjangan, tidak teratur dan sakit ketika haid.
Terdapat pelbagai penyebab masalah kitaran haid ini. Kebanyakannya berkaitan dengan hormon atau struktur seperti rahim dan ovari. Antara masalah yang mungkin anda hidapi adalah:
- Polyscystic ovarian syndrome - terdapat banyak folikel tidak matang di dalam ovari dan ini menyebabkan ketidak seimbangan hormon
- Ketumbuhan dalam rahim - ketumbuhan fibroid atau polip boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan
- dysfunctional uterine bleeding - masalah pendarahan yang tidak dapat dikenal pasti penyebabnya
- penggunaan pil perancang atau alat perancang di dalam rahim
- masalah kalenjar tiroid
- masalah darah terlalu cair
- kanser rahim atau ovari
Dalam kebanyakan wanita, sakit senggugut ketika haid adalah normal, namun ia boleh menunjukkan masalah seperti jangkitan kuman di dalam pelvis, endometriosis atau kanser. Tanpa maklumat lengkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hidapi. Pendarahan yang banyak dan lama boleh mengakibatkan komplikasi seperti masalah kekurangan darah merah iaitu anemia. Oleh itu anda adalah disarankan untuk merujuk kepada doktor. Anda boleh pergi ke klinik biasa dan setelah pemeriksaan dijalankan anda mungkin akan dirujuk kepada pakar sakit puan di hospital terdekat. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.