
Atilovato
6 tahun
Period non-stop selama sebulan
Hai doktor. Saya gadis berumur 20 tahun yang tanya tentang period non-stop semalam tu. So pagi tadi saya pergi klinik and the doctor bagi saya ubat stopkan darah je. Nama ubat tu Tren Capsule. So patut ke saya pergi buat checkup lagi? Sebab tadi pun doktor tu just tanya and check perut saya like dia tekan tekan je and takda buat scanning pun.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Tren Capsule adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat haid yang banyak atau berpanjangan.
Ubat ini mengandungi sejenis bahan yang dinamakan tranexamic acid yang boleh membantu dalam menghentikan pendarahan.
Apabila doktor melakukan pemeriksaan, tindakan menekan perut anda adalah untuk mengesan ketulan atau ketumbuhan di dalam rahim yang selalunya boleh dirasai dari luar perut. Sekiranya sebarang ketulan atau struktur luar biasa dikesan, anda akan dihantar untuk menjalani ujian pengimejan seperti ultrasound.
Kadang kala, struktur tersebut tidak dapat dikesan dengan pemeriksaan. Oleh itu jika anda masih mengalami masalah yang sama setelah penggunaan Tren Capsule ini, anda haruslah merujuk kepada doktor sekali lagi dan pemeriksaan lanjut akan dilakukan.
Sekiranya anda masih mempunyai persoalan dan keraguan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah.
Terima kasih.