
Sulit
3 tahun
Period non stop selepas ambil suntikan juga apabila berhenti suntikan
Saya baru lahirkan anak kedua dec tahun lepas…dan sekarang mengunakan suntik perancang. saya terlepas tarikh untuk suntikan kali ke 3 kerana quarintine. Kali ke 2 suntikkan juga sy alami non stop bleeding sampai 2 bulan lebih. kali ni juga hampir 1 bulan…cuma kekerapan stop secara tiba2 byk kali dan tiba2 kluar juga byk kali…adakah saya sesuai untuk meneruskan perancang jenis suntikan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid berpanjangan semasa menggunakan suntikan ubat perancang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan suntikan ubat perancang adalah :
- Perubahan pada haid
- Sakit kepala
- Kemurungan
- Kenaikan berat badan
- Sakit payudara
- Jerawat
Mungkin suntikan ubat perancang tidak begitu sesuai untuk anda, namun masalah haid berpanjangan juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Dengan haid berpanjangan, anda berisiko untuk mendapatkan komplikasi anemia, iaitu kekurangan darah. Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan