
zayyanizalikha
5 tahun
Period non stop selepas berhenti cucuk perancang kelaurga
Assalamualaikum, saya wanita berumur 29 tahun. Pada 24 Disember 2018 saya berhenti cucuk perancang selepas mengambil cucuk perancang dari May 2017. Sepanjang sy cucuk perancang, hanya bulan Oktober 2017 sahaja period sy datang. Pada 24 Julai 2019, (period pertama selepas berhenti cucuk perancang) period saya datang selama 7 hari. Kemudian pada bulan 8 2019 period tak datang. Period seterusnya datang bulan september 2019, bulan oktober, november tak teratur. Satu bulan dua kali, tengah² dan hujung. Tapi bulan 12 ni almost one month sy period tak berhenti. 2-11 disember saya tk period. Kemudian start 12-19 disember period keluar darah fresh. 20-25 disember keluar lendir² seakan darah. Kejap ada kejap tak ada. 26 disember-sehingga sekarang 2 Jan darah saya masih keluar. Saya stress doc. Saya nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan menunaikan solat pun sedih. Apa perlu saya buat doc. Apa permasalahan saya doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.