
Sulit
3 tahun
Period normal 7 hari
Saya nk bertanya kalau saya sudah period normal 7 hari bulan lepas tetapi kitaran haid saya 46 hari bulan 9 dan sebelum ni pernah terjadi sekali kitaran period saya 43 hari pada bulan 2 .masihkah boleh hamil bulan depan atau period keluar mcm biasa kerana bulan 9 lepas melakukan hubungan intim dan membuang sperma di luar dan sudah period seperti biasa 7 hari ,bulan 10.kalau dah haid normal 7 hari bole ke hamil bulan 11 ini kerana tidak melakukan hubungan intim bulan 11.haid saya memang jenis tidak teratur sudah lama .Mintak penjelasan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa haid anda sudah kembali normal 7 hari, anda mempunyai peluang untuk hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan