
Anonymous
5 tahun
Period normal ke tidak
saya wanita yang da berkahwin brumur 30an
sy mgalami kitaran haid… tidak tahu normal ke x
period sy tiap2 bulan datang tp tarikh ye xsama tiap2 bulan… kadang2 seban sampi 2kali period datang… tu normal ke x.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, tempoh jangka masa kitaran haid wanita yang normal adalah antara 21-35 hari. Kitran ini berbeza bagi setiap wanita. Sekiranya kitaran haid anda bukan 30 hari, maka tarikh datang haid anda sememangnya akan berubah.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat tentang masalah yang anda hadapi mengenai kitaran haid anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.