
Sulit
4 tahun
Period pain yang sangat teruk
Hi doc, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya nak tanya berkaitan dgn period pain. Setiap kali period, saya akan berasa sangat sakit di bahagian bawah kiri dan kanan perut, pinggang serta saya berasa loya dan terasa hendak muntah. Saya kerap sakit begini hampir setiap bulan sebelum dan semasa period. Sejak2 akhir ini, kitaran haid saya juga tidak menentu. Kadang 2 bulan sekali dgn hanya paling lama 3-4 hari. Kadang sebulan tu, 2 kali saya period. Saya ada baca perkara ini yang mengatakan ianya bukan perkara biasa dan perlu menjalani pemeriksaan. Apakah yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!