Sulit
3 tahun
Period panjang dan berketul
Hai doc sy surirumah umur 32 tahun.sy mengalami period yang pnjang dlam 15 hari…selepas itu stop dalam seminggu…kemudian datang lagi.period jgk keluar berketul…sy jd rimas piriod panjang dan lama sangat…sy sudah berkahwin 9tahun…dan tiada baby lagi…adakah ianya berbahaya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang berpanjangan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat banyak sebab berlakunya haid berpanjangan, antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Bagi mengetahui punca haid anda berpanjangan dan tidak teratur, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.