
Sulit
3 tahun
Period panjang dan tidak teratur
Sy wanita berumur 30 tahun, masalah yang saya alami adalah sy mengalami period yg panjang dan tidak teratur. Skrg da 12 hari sy period dan dalam tempoh trsebut dah dua kali keluar ketulan darah beku yg besar.sebesar suku dari telapak tgn sy. Dan perkara ini adalah kali.kedua brlaku period sy panjang.sblum ni pernah shingga hampir 2 bulan sy period x brhenti.apakah yg sy alami skrg ni dan bagaimana cara utk sy merawat ye doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang panjang dan tidak teratur disertai dengan gejala ketulan darah beku yang besar. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor