
Sulit
3 tahun
PERIOD PROBLEM or PREGNANT?
Saya wanita umur 18 thn, sblum ini memang mngalami masalah haid tidak teratur… Dan pada 31/10 telah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki dan dia tidak sengaja membuang dalam…saya berasa amat risau kerana masih belum bersedia,mempunyai masalah kewangan,masih perlu masa bekerja membantu ibu bapa dan adik untuk mencari makan minum…jadi adakah tindakan lain yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid tidak teratur anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan