
Sulit
5 tahun
Period saya bermasalah ataupun ada penyakit lain
saya remaja perempuan berusia 19 tahun…
pada 26-29 hb sy dan suami membuat hubungan intim dan ketika itu 26/27 adalah waktu subur saya…
tarikh jangkaan saya period adalah pada 8/11 namun darah keluar pada 4/11…
sebelum period,sy selalu merasa mual dan prning2 lalat…
kadang2 terasa seperti mencucuk di bawah…
sakit pinggang apabila duduk
ini adalah tarikh bermulanya darah keluar…
4/11-darah hanya keluar seperti tompokan
5/11-medium
6/11-sedikit
7/11-habis…
persoalan saya,adakah ini period??..
jika ini period adakah normal??
jika bukan period apakah yg sedang saya hadapi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah spotting ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Gejala mual, pening dan sakit itu boleh disebabkan sindrom premenstrual.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.