
Sulit
3 tahun
Period saya datang tidak menentu kadangkala ada masa 1 bulan ianya tidak datang kemudian bulan berikutnya datang seperti biasa
Saya remaja berusia 19 tahun mengalami masalah period yang tidak menentu contohnya pada bulan 5 hingga bulan 7 period saya datang seperti biasa tetapi pada bulan 8 ianha tidak datang ia selalu terjadi sebab akan ada 1 bulan period saya tidak akan datang adakah ia bahaya dan perlukan rawatan doktor yang lebih lanjut?dan apakah punca ia terjadinya begitu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur biasanya berpunca daripada kecelaruan hormon yang berlaku dalam badan. Haid tidak teratur yang anda alami boleh disebabkan oleh hormon yang belum lagi stabil memandangkan anda baru berumur 19 tahun. Namun, terdapat beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca haid tidak teratur anda. Antaranya :
- Gangguan tekanan
- Anemia
- Berat badan yang berlebihan atau berkurangan
- Masalah tiroid
- PCOS
- Sista ovari
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah haid tidak teratur anda dapat disiasat dan dirawat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan