
Sulit
5 tahun
Period saya lambat, Bulan Jan lambat 7 hari. Feb normal. Mac sehingga sekarang dah lewat 10 hari dan masih lagi belum period
Saya berumur 23 tahun. Sebelum2 ni period saya teratur. Tapi start jan tahun ni, period saya lambat 7 hari. Feb period normal. Mac saya belum kena lagi dan sampai sekarang saya masih belum period. Tapi tanda2 sakit nak period tu ada, sakit pinggang semua ada cuma sampai sekarang saya masih belum period. Dan yang pelik nya, ada keluar satu cecair bukan keputihan biasa tu. Dia keluar betul2 macam darah period tapi sebenarnya bukan darah period, dia cuma keputihan jernih dan berbau sedikit. Boleh saya tahu tak apa masalah yang saya sedang hadapi tu?
Adakah itu normal?
Adakah saya mengandung?
Adakah itu penyakit?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
Hamil
Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Masalah keputihan yang digambarkan anda pula boleh disebabkan oleh:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.