
Sulit
3 tahun
Period saya sering tidak teratur
Assalamualaikum, hai. saya syuhada dan umur saya 22 tahun. saya sudah ade masalah haid tidak teratur sejak saya sambung berlajar lagi dan sehingga kini. masa saya sambung berlajar pada umur 19 tahun. saya sering kali jarang datang period. kadang2 3 kali setahun. kadang2 2 kali setahun. dan baru2 ni untuk tahun 2021 baru 1 kali saya dtg period itu pun awal tahun ni. dan sehingga kini masih tidak datang period. kebiasanyaa bila saya dtg period apabila sehari lepas saya berjogging atau lompat bintang di rumah. tetapi tidak selalu, apabila saya lompat bintang kali ni belum tentu ia turun lagi. saya pernah cuba makan ubat turun darah sekali pada umur 19 tahun. and darah haid turun. tetapi ia kembali tidak normal balik. saya takut mahu check doktor. sbb saya takut benda yg saya tak inginkan berlaku. boleh tak jika saya mahu ambil pil turun darah lagi sekali pada umur saya 22 tahun ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisihan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kurang berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit puan seperti sista, PCOS dan lain
Haid tidak teratur tidak semestinya disebab oleh penyakit, mungkinnya disebab oleh pengaruhan emosi juga. Penggunaan sebarang perubatan sebelum mengetahui punca masalah anda adalah tidak digalakkan.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.