
Sulit
4 tahun
Period saya terlalu lama
Saya telah stop mgambil suntikan depo pada bulan 12 2020…pada bulan 1 sy datang period sbyk 2 kali. Mana kala bulan 2 tidak datang langsung… Drpd 1/3/2021 hingga 18.3 saya masih period… Adakah ini normal?? Blh ke saya mkn ubat bhenti darah??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang lama yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. Kami memerlukan maklumat serta pemeriksaan lanjut bagi memberikan kesimpulan yang tepat.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lebih mendalam tentang perkara ini, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!