Sulit
2 tahun
Period saya yang tidak teratur
Saya berumur 18 tahun dan mempunyai masalah period yang tidak teratur, period saya hanya dtg 2 bulan sekali tapi sejak bulan 4 sampai bulan 6 ni saya masih belum dtg period…dulu waktu umjr saya 14 tahun saya ada pergi checkup dr scan dan saya ada cyst 2cm jadi dr suruh sya dtg semula klinik slps 2 bulan cyst tu dah tiada…apa sebab dia ye dr cyst tu boleh ada semula ke??
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kitaran haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Kami memahami kerisauan anda. Oleh itu, saranan kami bagi anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk siasatan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, harap jawapan ini membantu anda.