
Sulit
4 tahun
Period sebelum 2 hari Masa subur
Hi doctor ,saya wanita berumur 33 tahun.saya mengalami period sebelum 2 hari waktu subur…period bulan 9 (20/09/2020),manakala bulan 10 (30/10/2020) Dan bulan 11 (23/11/2020) …Ini kali pertama mengalami kejadian seperti ini.Tetapi sebelum period saya mengalami sakit puting susu hampir 2 minggu…Bolehkan saya tahu Apakah Tanda seperti Ini ? TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Terdapat segelintir wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur. Antara punca masalah ini:
- gaya hidup aktif
- penambahan atau pengurangan berat badan mendadak
- masalah pada struktur rahim seperti fibroid, polip
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!