
Sulit
4 tahun
Period sebulan 2 kali …mengapa
Sy wanita 24 tahun…selepas melahirkan anak pertama sy ada ambil perangcang cucuk 3 bulan…dan dan berhenti ambil bulan 8/2020 …tapi selepas berhenti cucuk period sy dtg tidak normal…sebulan akan datang 2 kali(1-9 hari pendarahan) contohnya 1 haribulan dtg period…lepastu 15 haribulan dtg balik…(sebelom ni normal 28 hari)…kenapa yekk??atau ad ap2 masalah pada rahim atau dlm perut?? Sakit pada bahagian ari2 pun selalu berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.