
Sulit
3 tahun
Period sedikit dan berpanjangan
Saya wanita berusia 51 tahun. Baru 3 bulan menjalani operation batu hempedu dan hempedu dibuang. Ada gastrik dan asid reflux dan anxiety. Ini menyebabkan saya mengalami stress dan saya makan pelbagai jenis ubat. Selepas operation saya mengalami ganguan period yang panjang tetapi sedikit. Saya ada cyst yang lama terbentuk iaitu kira kira 4 cm . Tiada mengalami sakit di perut. Apa nasihat doktor berkenaan perihal ini

3 tahun
Selamat sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami bahawa anda bimbang tentang maslah anda iaitu period yang sedikit tetapi berpanjangan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Penentuan pendarahan dengan objektif adalah sukar, tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita terjejas, ia diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk apabila wanita perlu menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang melimpah mengotori kain atau tilam.
Terdapat pelbagai punca berlakunya pendarahan haid yang berlebihan. Antara punca yang sering berlaku ialah:
- Gangguan hormon yang menyebabkan pendarahan haid
- Polyp di pangkal rahim atau di rahim (Ketumbuhan bukan kanser dari rahim atau serviks)
- Endometriosis (tisu rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
- Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
- Kekurangan atau berlebihan penghasilan hormon tiroid
- IUCD (Alat pencegah kehamilan di dalam rahim)
- PCOS (Sindrom Ovari Polycystic)
Terdapat juga beberapa sebab yang jarang seperti masalah kelenjar pituitary, penyakit hati atau ginjal, penyakit darah, kanser endometrium dan TB endometrium. Sesetengah ubatan juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat mencairkan darah atau kemoterapi.
Diagnosa punca pendarahan berlebihan adalah sukar kerana boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Sejarah pesakit akan ditanya oleh pakar wanita termasuk berapa tuala wanita yang digunakan sehari termasuk simptom-simptom lain. Ultrasound boleh mengesan fibroid, polip atau kanser dalam rahim. Rawatan adalah berdasarkan punca pendarahan anda.
Oleh itu, saya mencadangkan anda supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.