
Sulit
5 tahun
Period Sedikit, Keluar spotting sahaja
Hai doctor. Saya perempuan berumur 26tahun dan sudah berkahwin, belum mempunyai cahaya mata lagi. . Saya nak tanya mengenai period saya. Baru baru ini period saya datang sedikit sahaja. Pertama dalam jam 11.30pm sy perasan dia keluar spotting sahaja. Keesokkan harinya dalam jam 5.30pm baru darah period saya keluar tetapi jumlahnya hanya sedikit. Keesokkannya pula, darah keluar medium sahaja. Hari hari yang seterusnya pula hanya keluar spotting sahaja sehingga la tiada lagi darah. Mengapa ya doctor? Adakah kondisi saya tidak elok? Untuk pengetahuan doctor, period saya tidak konsisten. Di mana, kadang2 selepas 27hari saya period, kadang2 28hari, 31hari,35hari dan 22hari. tetapi setiap bulan saya tidak akan pernah period tidak hadir. Saya ada tanya doctor mengenai period yg tidak teratur ni dengan doctor, tapi dia beritahu sy itu normal. Adakah betul kondisi sy ini normal doctor? atau sebaliknya.? mohon doctor berikan saya jawapan yang membantu. Terima kasih doctor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sebab kepada permasalahan haid yang sedikit atau spotting. Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.