
Sulit
3 tahun
Period sedikit & singkat
Hye,dr…sy nk tny…sy dtg bulan bbrapa hari yg lepas…amaun drh yg keluar adalah sedikit berbanding kebiasaan & tempoh drh keluar adalah hanya 2hari shj…tp sy ade simptom mual2 & cpt berasa lapar…sblom dtg bulan sy telah buat upt,result adalah -ve…ada kenungkinan sy hamil/tidak dlm situasi begini?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan diatas, anda mengalami masalah haid keluar dalam kuantiti yang sedikit. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan