
Sulit
4 tahun
Period selama 17 dan ada benjolan
Hai, saya seorang perempuan berumur 20tahun. Saya mengalami period yang selama 17 hari dan saya ada benjolan berdekatan dengan telinga, dibawah rahang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid berpanjangan.
Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Bagi benjolan yang berada di telingan dan rahang, saya tidak boleh menyimpulkan apa sebenarnya benjolan tersebut. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor di klinik untuk mendapatkan pemeriksaan akan benjolan tersebut. Anda juga perlu ke klinik sekiranya benjolan tersebut:
- Membesar
- Sakit
- Warna kulit di benjolan bertukar
- Bernanah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.